Sunday, April 22, 2012

NEGARA KAYA - KITA MAMPU MANSUH PTPTN - PAKATAN RAKYAT TAWAR PENDIDIKAN PERCUMA


NEGARA KAYA - KITA MAMPU MANSUH PTPTN - PAKATAN RAKYAT TAWAR PENDIDIKAN PERCUMA

Minggu ini pimpinan UMNO/BN resah serta tidak tentu arah dalam menjawab isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), DS Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri juga gagal untuk menyakinkan mahasiswa tentang masa depan pendidikan mereka. Apatah lagi Menteri Pengajian Tinggi yang diam seribu bahasa dalam memberikan hujah kukuh berkaitan pemansuhan hutang PTPTN.
Kita harus faham bahawa pendidikan adalah asas penting dalam sesebuah masyarakat, namun apabila DS Najib gagal untuk menjawab dengan tepat angka dan nilai hutang yang kononnya didakwa bernilai RM 43 bilion sedangkan cacatan sebenar menunjukkan bahawa hanya sekadar RM 24.7 bilion sahaja hutang yang belum dibayar. Hutang tersebut juga adalah jumlah hutang PTPTN sejak daripada penubuhan PTPTN pada tahun 1997. Hutang tersebut wujud dalam tempoh 15 tahun. Secara purata hutang PTPTN setiap tahun adalah RM 2 bilion ringgit. Ini bukanlah suatu jumlah yang besar untuk ditanggung negara.
Ini bermakna DS Najib sendiripun tidak memaklumi data tepat tentang hutang sebenar yang tertunggak sekarang. Hutang PTPTN sebanyak RM 24.7 bilion inipun bukannya dibuat dalam masa setahun ianya memakan masa hampir 15 tahun dengan sekarang jumlah pelajar yang terhutang sekitar 651 000 mahasiswa.
Petronas punyai keuntungan setahun RM 90 bilion. Apakah tidak boleh untuk hanya sekadar 2-3% daripada keuntungan Petronas ini digunakan untuk membayar semula hutang PTPTN para mahasiswa. Jika ini dapat dilakukan, insyallah setiap tahun kerajaan mampu untuk membayar antara RM 2-3 bilion bagi melupuskan hutang PTPTN dalam tempoh 10-12 tahun akan datang.
Dalam pada masa yang sama kita harus mengembalikan suasana pendidikan percuma sehingga keperingkat ijazah bagi menjamin masa depan yang lebih cemerlang buat anak muda Malaysia. Malaysia mampu melaksanakan sistem pendidikan tinggi secara percuma. Laporan audit negara pernah menyebut bahawa Malaysia ketirisan RM 28 bilion setahun. Ini bermakna jika berlakunya penjimatan maka RM 3-4 bilion daripada nilai ketirisan ini juga dapat digunakan untuk membayar hutang PTPTN 651 ooo mahasiswa seluruh negara.
Ini belum lagi dikira jika berlakunya penjimatan pembayaran subsidi gas sebanyak RM 19 bilion kepada penjana bebas yang boleh dijimatkan untuk membiayai pendidikan percuma buat anak muda Malaysia. Kita harus sedar bahawa sumber kewangan negara yang stabil serta diuruskan dengan jujur dan amanah mampu untuk memberikan kita keyakinan bahawa pendidikan percuma bukan suatu yang mustahil untuk dilaksanakan di Malaysia terutamanya sehingga peringkat pengajian tinggi. Ini belum dikira lagi kemana hilangnya RM 52 bilion saham Bumiputera yang juga merupakan harta negara dan rakyat.
Negara tidak akan bankrab jika beri pendidikan percuma kepada rakyat, namun Malaysia akan bankrab jika terus dibiarkan negara diurus oleh pemimpin yang tidak amanah.

Yb. Dato’ Kamarul Baharin Abbas
Ahli Parlimen Telok Kemang
Pengerusi MPN Keadilan N. Sembilan

Tuesday, December 8, 2009

INSAFLAH WAHAI PUTRAJAYA

Scotland adalah salah satu negeri yang tergolong dalam United Kingdom atau Britain. Selainnya, England, Wales dan Ireland Utara. London ibu negara UK terletak di England. Oleh kerana London terletak di England maka menunjukkan England adalah ketua dan mempunyai pengaruh ke atas negeri-negeri di UK. Sikap pandangan rakyat Scotland terhadap UK adalah negatif.

Mereka merasakan England dan UK umpama penjajah terhadap tanah air mereka. Rakyat Scotland akan menunjukkan sikap membenci terhadap England/UK dalam apa jua perkara. Sekiranya berlangsung perlawanan bolasepak antara England dan Scotland umpama "perang" melawan penjajah. Begitu juga jika nyanyian lagu kebangsaan UK "God Save Queen" berkumandang ianya bakal di"boo" dan diejek oleh rakyat Scotland. Kemuncak kepada benci dan meluatnya rakyat Scotland terhadap UK ialah rakyatnya mengadakan referendum untuk keluar dari United Kingdom.
Tidak diketahui mengapa rakyat Scotland begitu benci kepada England dan UK. Adakah London mengamalkan sikap "membuli" ke atas Edinburgh? Atau diskriminasi? Atau ini adalah permusuhan ratusan tahun silam? Harapnya Putrajaya tidak mengamalkan sikap seperti London ke atas Edinburgh kepada Kota Bharu, Shah Alam, Alor Setar dan Georgetown.

Kita tentunya tidak mahu timbul kebencian rakyat di negeri PR terhadap Putrajaya gara-gara sikap membuli dan diskriminasi terhadap negeri mereka. Kita juga tentunya tidak mahu peristiwa memboo lagu "God save the Queen" berlaku terhadap "Negaraku" nanti.

INSAFLAH WAHAI PUTRAJAYA..